My Add

Tuesday, 27 August 2013

Universiti Al-Azhar buka kampus di Malaysia

SEPANG, SELASA, 27 Ogos, 2013: Universiti Al-Azhar, Mesir akan membuka cawangannya di Malaysia bagi memberi peluang kepada pelajar di negara ini melanjutkan pengajian terutama dalam bidang Usuluddin, Syariah dan bahasa Arab.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, perkara berkenaan dipersetujui Naib Presiden Universiti Al-Azhar dalam pertemuan beliau bersama pengurusan universiti itu.

"Berita gembira ketika di Mesir semalam apabila kita berpeluang berjumpa beliau (Naib Presiden Universiti Al-Azhar) dan mereka secara prinsipnya bersetuju membuka kampus di Malaysia.

"Kita akan menamakan universiti ini ialah Universiti Al-Azhar Tuanku Mukhriz dan ia akan dibuka di Nilai, Negeri Sembilan serta dijangka beroperasi bermula September 2014," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sebaik tiba dari Mesir, hari ini. - BH

No comments:

Post a Comment