My Add

Saturday, 28 September 2013

Aaron sudah keluar hospital, bersedia ke Cape Town

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
 
*WAJAH Aaron Aziz yang dirakam pada 21 September lalu sebelum dia dimasukkan ke hospital tiga hari kemudian akibat sakit sendi tengkuk. Bagaimanapun, pelakon itu dibenarkan keluar hospital semalam. - UTUSAN

KUALA LUMPUR, JUMAAT 27 September, 2013:. - Pelakon popular Aaron Aziz, 37, sudah dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Prince Court di sini, semalam.

Isterinya, Diyana Halik berkata, Aaron dibenarkan pulang ke rumah selepas pelakon itu mendapat suntikan sebanyak tiga kali.

"Doktor telah memberi tiga suntikan steroid di bahagian lehernya dan memberitahu suntikan itu boleh bertahan selama sebulan.

"Sebab itu dia dibenarkan pulang ke rumah semalam. Memandangkan suntikan itu boleh bertahan sebulan, insya-Allah, bolehlah dia pergi Cape Town untuk program Fear Factor musim kedua.

"Dia akan ke sana awal Oktober ini," jelasnya kepada Utusan Online di sini hari ini menerusi aplikasi Whatsapp.

Aaron yang popular menerusi filem Ombak Rindu dimasukkan ke hospital Selasa lalu kerana menghidap sakit sendi tengkuk yang menyebabkan leher senget sebelah dan tidak boleh banyak bergerak pada bahagian terbabit.

Menurut Diyana, Aaron mula berasa sakit sejak seminggu lalu namun dia

menahannya kerana mahu menyelesaikan penggambaran sebuah telefilem.

"Memandangkan suntikan itu hanya bertahan selama sebulan, jadi selepas balik dari Cape Town nanti, dia perlu menjalani rawatan fisioterapi untuk susulan," katanya.

Berita Aaron dimasukkan ke hospital menjadi perhatian ramai kerana sehari

sebelum ditahan di wad pelakon filem KL Gangster 2 itu memuat naik gambar imbasan sinar-X tulang belakangnya di laman sosial Instagram. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment