My Add

Saturday, 28 September 2013

Dagangan dua hala cecah RM225b

KUALA LUMPUR,  KHAMIS, 26 September, 2-13: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menjangka dagangan dua hala antara Malaysia dan China naik kira-kira lapan peratus kepada RM225.19 bilion (AS$70 bilion) menjelang akhir tahun daripada RM187.87 bilion (AS$58.4 bilion) tahun lepas.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, dagangan dua hala antara Malaysia dan China naik 6.4 peratus kepada RM115.01 bilion (AS$35.75 bilion) berbanding tempoh yang sama pada 2012.

"Jika kita mengambil kira purata peratusan dagangan dua hala antara Malaysia dan China semenjak 2002 kepada 2012, dalam 10 tahun, peratusannya adalah 15.7 peratus.

''Tetapi tahun ini, jangkaan peratusan dagangan dua hala kurang daripada purata berikutan ekonomi yang lembap di kedua-dua negara," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Forum Ekonomi China Dunia Kelima di sini hari ini.

Mustapa berkata, tujuan forum itu adalah untuk membangunkan ekonomi global baharu yang lebih luas dan bersepadu, dengan China sebagai rujukan, untuk berkongsi manfaat pertumbuhan serantau kepada semua.

Tambah Mustapa, rantau itu patut memilih satu arah pembangunan yang rendah karbon tetapi bernilai tinggi dalam penghapusan kemiskinan dan jaminan kemanusiaan.

Menyentuh tentang getah, beliau berkata, dua faktor mempengaruhi eksport getah Malaysia ke China.

"Apabila kita bercakap mengenai (eksport) getah, ia bergantung kepada volum dan harga," kata beliau. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment