My Add

Saturday, 28 September 2013

Lelaki dipenjara 12 tahun cubaan bunuh Norizan

*TERTUDUH, Mohd. Haswan Hashim dibawa oleh anggota polis selepas djatuhkan hukuman penjara 12 tahun atas tuduhan cuba membunuh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kepong, Datuk Norizan Ali dengan parang di Mahkamah Sesyen Ampang, di Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 27 September, 2013: Seorang pembantu jualan dihukum penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini selepas disabitkan bersalah cuba membunuh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kepong, Datuk Norizan Ali dengan parang, tahun lalu.

Hakim Manira Mohd. Nor mengarahkan tertuduh, Mohd. Haswan Hashim, 23, menjalani hukuman tersebut mulai hari ini.

Dia bersama-sama seorang lagi tertuduh Mohd. Azril A.B. Shukor, 24, didakwa menyerang Norizan, 41, dengan menggunakan parang di bahagian perut, badan dan tangan sehingga boleh menyebabkan kematian.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tepi jalan Cahaya 2, Ampang dekat sini pada pukul 2.30 pagi, 24 September 2012. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment