My Add

Saturday, 28 September 2013

UMNO Johor tubuh jentera

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED

 *HISHAMMUDDIN Tun Hussein dan Shahrizat Abdul Jalil beramah mesra dengan Wanita UMNO Johor pada majlis Seuntai Kasih Sejambak Sayang Wanita UMNO Johor di Kluang, semalam. - BERNAMA
KLUANG 26, KHAMIS, September, 2013: UMNO Johor hari ini mengumumkan penubuhan jentera pilihan raya bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau tidak lama lagi berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak di Alor Setar.

Pengumuman itu dilakukan oleh Naib Presiden UMNO yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada majlis Seuntai Kasih Sejambak Sayang Wanita UMNO Johor di sini yang dihadiri oleh Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Hishammuddin dan Shahrizat turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azizan selain menyifatkan pemergian bekas Menteri Besar Kedah itu sebagai kehilangan seorang pemimpin politik.

Hishammuddin berkata, beliau yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azizan.

"Sehubungan itu juga, jentera UMNO Johor telah ditubuh dan dipersiapkan bermula hari ini bagi membantu Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau yang bakal berlangsung dalam tempoh terdekat.

"Walaupun UMNO bakal mengadakan pemilihan pemimpin tertingginya dalam tempoh kurang sebulan, namun pilihan raya merupakan gelanggang sebenar bagi menghadapi musuh politik," katanya

Azizan, 69, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.05 pagi ini di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar akibat kegagalan fungsi organ dalaman dan jangkitan kuman dalam darah.

Mengenai pemilihan UMNO Shahrizat berkata, calon yang bertanggungjawab mengutamakan dan mengarusperdanakan suara Wanita UMNO akan menjadi pilihan ahli pergerakan itu dalam pemilihan kali.

Katanya, perwakilan Wanita UMNO akan memberi penghormatan dan sokongan kepada mereka yang memberi sumbangan tersebut.

"Pada kami, perjuangan ini mustahak dalam mengambil kira siapa yang nak disokong, ini perjuangan bersama dan Wanita UMNO ambil kira siapa yang bertanggungjawab mengarusperdanakan wanita," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment