BANGKOK, JUMAAT, 27 September, 2013: Bencana banjir di Thailand dijangka akan bertambah buruk ekoran hujan lebat diramal berterusan sehingga minggu depan, terutamanya di kawasan utara dan timur negara ini.
Pengarah Jabatan Pengurangan dan Pencegahan Bencana, Chatchai Promlert berkata, setakat ini 13 orang dilaporkan maut dan sejumlah 2.45 juta penduduk lagi terjejas.
Katanya, lapan orang maut di Surin, tiga di Srisaket, yang terletak di bahagian utara negara ini, manakala dua lagi kematian dilaporkan di Nakorn Nayok, tengah Thailand.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Thai hari ini meramalkan hujan lebat akan berterusan. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment