AELB sahkan tiada kebocoran bahan radioaktif di KLIA
Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
PUTRAJAYA, JUMAAT, 27 September, 2013: Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) mengesahkan tiada sebarang kebocoran atau kontaminasi berlaku akibat kerosakan bungkusan mengandungi bahan logam radioaktif yang baru tiba di gudang Kuala Lumpur Airport Services (KLAS) Kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi tadi.
Ketua Pengarahnya Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan berkata, pihaknya mendapat panggilan bahawa terdapat kebocoran bahan tersebut pada pukul 11 pagi oleh pekerja gudang tersebut sebelum bergegas ke tempat kejadian untuk membuat pemeriksaan.
"Hasil pemeriksaan kakitangan kita mendapati terdapat satu daripada empat bungkusan yang baru tiba dari China pecah dan sudah dibungkus dengan plastik.
"Bagaimanapun pemeriksaan rapi menunjukkan tidak sebarang kebocoran dan kontaminasi bahan radioaktif berlaku, malah kawasan berkenaan disahkan selamat," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment