My Add

Saturday, 28 September 2013

Pakar senjata kimia PBB mulakan siasatan kedua

DAMSYIK, JUMAAT, 27 September, 2013: Kumpulan pakar senjata kimia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang kini berada di Syria, dilihat mula meninggalkan hotel mereka di sini untuk melakukan siasatan bahawa wujudnya dakwaan penggunaan senjata yang tidak dibenarkan.

Koresponden AFP berkata, destinasi yang mahu dituju oleh kumpulan pakar tersebut masih tidak diketahui.

Mereka tiba di Syria kelmarin dalam misi kedua di negara tersebut, selepas melakukan ujian di 14 kawasan berlakunya insiden penggunaan gas sarin. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment