Dunia perlu amal konsep wassatiyah selesaikan masalah - PM
NEW YORK, JUMAAT, 27 September, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak percaya banyak masalah dunia hari ini boleh diselesaikan jika masyarakat mengamalkan konsep kesederhanaan atau wassatiyah.
Beliau berkata, jika masyarakat dan kerajaan menggunakan kesederhanaan dalam tindak-tanduk dan dasar mereka, maka negara akan mempunyai masyarakat yang lebih adil, saksama dan inklusif.
Amalan wassatiyah, katanya, berasaskan kepada prinsip tertentu dan nilai-nilai murni, seperti keadilan, kesaksamaan, memilih untuk berdialog daripada konfrontasi, berunding daripada berkonflik.
"Dan jika kita memilih pendekatan wassatiyah dan menolak nazisme atau militan, dan pemikiran yang ekstremis, akan ada peluang kita boleh berusaha ke arah menjadikan dunia ini sebuah dunia yang aman," katanya dalam syarahan The New Meetings, Moderation: The New Modernity (Pertemuan Baharu, Kesederhanaan: Kemodenan Baharu), yang ditaja bersama Council on Foreign Relations (CFR)'s Religion dan Foreign Policy Initiative di Peter G. Peterson Hall, The Harold Pratt House, New York.
Sesi itu dihoskan Fareed Zakaria dari CNN, Editor Tugas-tugas Khas Majalah TIME dan anggota Lembaga Pengarah CFR.
Anggota CFR di Washington DC, menyertai mesyuarat ini melalui persidangan video dan disiarkan secara langsung melalui laman web CFR (www.cfr.org). - BERNAMA
No comments:
Post a Comment