Tak boleh sesuka hati bawa mayat, abu ke Malaysia - KPN
KOTA BHARU, JUMAAT, 27 September, 2013: Mereka yang mahu membawa masuk abu atau mayat ke negara ini perlu memohon permit terlebih dahulu sebelum boleh berbuat demikian.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, perkara itu termaktub mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit serta garis panduan pengimportan dan pengeksportan mayat atau mana-mana bahagiannya.
"Sesiapa yang nak membawa apa juga 'remains' atau abu mayat masuk ke negara ini tanpa permit itu akan menjadi satu kesalahan. Kita takut abu mayat ini ada penyakit berjangkit.
"Jadi jangan ingat tak ada undang-undang untuk kita menyekatnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di sini hari ini.
Khalid mengulas laporan sebuah portal berita bahawa Malaysia tidak mempunyai undang-undang khusus untuk menghalang abu atau mayat Chin Peng dibawa masuk ke negara ini selepas bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu meninggal dunia di Bangkok, Thailand pada 16 Sept lepas. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment