My Add

Wednesday 3 August 2011

Anwar beban masa depan politik DAP dan Pas

MENURUT UMNO Selangor, penolakan terhadap Anwar Ibrahim oleh DAP dan Pas membuktikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kini dianggap sebagai beban kepada masa depan politik mereka.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, keadaan itu dapat dilihat apabila Pas dan DAP melaksanakan pelbagai langkah untuk mengekalkan kedudukan masing-masing sehingga mengetepikan peranan PKR termasuklah Anwar sebagai ketua pembangkang.

Menurutnya, keadaan yang boleh ditakrifkan sebagai 'penolakan Anwar dan PKR' ini adalah petanda bahawa Anwar tidak lagi diperlukan oleh pembangkang untuk mendapatkan sokongan politik dan Anwar sebenarnya sudah tidak lagi relevan kepada masa depan pakatan pembangkang.

Abdul Shukor memberitahu Utusan Malaysia, pimpinan Pas mungkin melihat Anwar sebagai liabiliti kepada parti ekoran terpalit dengan pelbagai dakwaan salah laku moral ketika ini dan DAP juga dilihat seolah-olah sedikit demi sedikit meninggalkan PKR dan Anwar apabila dilaporkan bersedia untuk meletakkan calon-calonnya bertanding di kawasan majoriti Melayu.

Katanya, langkah tersebut dilihat sebagai satu isyarat bahawa DAP juga tidak memerlukan sokongan PKR dan Pas untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. Jika sebelum ini DAP bergantung kepada undi dan sokongan Pas serta PKR, kini parti itu seolah-olah yakin akan mendapat sokongan orang Melayu secara bersendirian.

No comments:

Post a Comment