My Add

Friday, 5 August 2011

Pas tak pernah bincang ganti ketua pembangkang

PAS tidak pernah mengadakan perbincangan untuk melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua pembangkang menggantikan Anwar Ibarahim. Isu itu dianggap hanya sekadar serkap jarang oleh pihak tetentu sahaja


Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali mengesahkan dia sudah melakukan pemeriksaan dan dapati tidak ada pertemuan seperti yang diperkatakan. Mungkin ia hanya serkap jarang. Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat telah membuat penafian tetapi ia masih ditimbulkan.


Kata Mustafa, Anwar tetap berperanan sebagai Ketua Pembangkang. Mahkamah sehingga kini belum membuat sebarang keputusan dan dari sudut itu, isu ini tidak seharusnya berbangkit.


Isu tersebut mula tercetus selepas Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim membuat pendedahan pada 28 Julai lalu menyebut Tengku Razaleigh telah dipelawa oleh pemimpin pembangkang untuk memegang jawatan berkaitan sebagai persediaan jika Anwar disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.


Antara individu yang dikaitkan ialah Nik Aziz tetapi Menteri Besar Kelantan itu dengan keras menafikannya, malah dia menyifatkan Zahrain sebagai sampah kerana mengaitkannya dalam isu tersebut.

No comments:

Post a Comment