PERCAYALAH Abdul Khalid Ibrahim tidak akan tunaikan janjinya seperti yang terbukti selama ini. Menteeri Besar Selangor itu mudah benar menabur janji, tetapi dilihat payah pula untuk menunaikannya.
Tunggulah janji baru Khalid berhubung status Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya.
Menurut Khalid, Kerajaan Selangor setakat ini tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap gereja itu, walaupun kewujudannya didakwa melanggar syarat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Katanya, ini memandangkan kerajaan negeri menerusi Pejabat Menteri Besar sedang menjalankan kajian mengenai status gereja tersebut.
Kajian tersebut termasuk mendapatkan laporan penuh daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung pemeriksaan yang dilakukan ke atas gereja tersebut 3 Ogos lalu setelah didakwa mengadakan majlis untuk memesongkan akidah umat Islam.
"Kita sedang buat kajian tentang itu (status gereja berkenan). Saya tidak kata gereja itu langgar syarat pihak berkuasa tempatan (PBT), tetapi kita akan teliti perkara itu dalam laporan yang sedang dibuat ini.
"Buat masa ini, kajian itu sedang dijalankan. Kajian dibuat oleh Pejabat Menteri Besar sendiri dibantu oleh pihak perundangan sebelum laporan itu (status gereja dan pemeriksaan JAIS) akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor," katanya lagi.
Khalid mengulas laporan sebuah portal berita yang mendakwa DUMC sebagai 'gereja haram' kerana dibina tanpa kelulusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Laporan itu menyebut MBPJ menyatakan pentadbiran DUMC telah menyalahgunakan permohonan yang diberikan yang hanya membenarkan untuk membina pusat komuniti, bukannya sebuah gereja.
No comments:
Post a Comment