MOHAMAD Sabu mudah lupa. Dia tidak ingat pernah berkata Kompeni Pasukan Keempat Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunh anggota keselamatan serta keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.
“Saya tidak ingat adakah saya kata begitu. Saya sedang cari rakaman ceramah itu balik. Lepas tengok baru saya akan ulas sama ada perlu bincang dengan peguam atau bagaimana,” katanya.
Menurut laporan Harakahdaily, Mat Sabu mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar UMNO, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadapnya dan PAS.
Katanya, dia telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu.
Inilah kenyataan pertama seumpamanya pernah dibuat oleh Mat Sabu ‘membela’ diri kerana dalam mana-mana kes kontroversinya sebelum ini, pemidato hebat Pas itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia terlupa mengenai apa yang pernah dituturkan.
Apa yang mengejutkan, dakwaan terlupa itu dibuatnya ketika video yang memaparkan ucapannya di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu mula tersebar di Internet terutamanya di laman-laman blog dan laman sosial Facebook.
Timbalan Presiden Pas itu dilaporkan pernah berkata, Muhammad Indera, iaitu lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis tersebut.
Dalam ceramahnya itu juga, Utusan Malaysia melaporkan, dia mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British selain turut berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara.
Ekoran kontroversi itu, pelbagai pihak terutamanya bekas-bekas perajurit dan ahli keluarga mangsa ‘penyembelihan’ Bukit Kepong menyelar Mat Sabu dan menuntut orang nombor dua Pas itu meminta maaf secara terbuka serta didakwa di bawah Akta Hasutan.
Tidak terkecuali mengutuk perbuatan biadab itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang menganggap Mat Sabu sebagai pemimpin yang buta sejarah serta mengkhianati perjuangan bangsa Melayu dalam menuntut kemerdekaan tanah air.
Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan pemimpin No. 2 Pas itu juga telah membuka ruang kepada rakyat untuk menilai sifat sebenar pemimpin itu.
Menurutnya, kenyataannya itu bukan sahaja mencetus kemarahan rakyat pelbagai kaum tetapi mereka juga mulai menyedari corak permainan politik Mat Sabu selama ini"Sekarang siapa yang rugi? Semua orang dah tahu siapa sebenar dia. Sebelum ini dia tidak pernah menyebut perkataan komunis," katanya.
Sambil nmelabelkan Mat Sabu sebagai pengganas dan pengkhianat negara, bekas Ketua Polis Negara,Musa Hassa nmelabelkan Mat Sabu mungkin sengaja mengeluarkan kenyataan tersebut untuk mencari publisiti dan memburukkan polis yang selalu menangkapnya kerana melanggar undang-undang sebelum ini.
Tindakannya mengangkat pengganas komunis sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara akhirnya membuktikan mainan politik kotor yang dilakukannya selama ini telah memakan diri sendiri.
Sehubungan itu, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memantau tindak-tanduk Timbalan Presiden Pas itu dan mengambil tindakan tegas terhadapnya termasuk dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kenyataannya itu menunjukkan dia mempunyai kecenderungan menjadi pengganas.
Menurut Musa, kenyataan Mat Sabu itu jelas menunjukkan dia menyokong pengganas sedangkan sejarah membuktikan betapa kejamnya komunis terhadap anggota pasukan keselamatan dan rakyat yang menentang perjuangan mereka suatu ketika dahulu.
“Lupakah Mat Sabu betapa ramai anggota pasukan keselamatan dibunuh dengan kejam oleh komunis, berapa banyak rumah penduduk kampung dibakar apabila enggan memberi beras kepada mereka?.
“Ada 6,000 pegawai dan anggota polis dibunuh oleh komunis, tak kan mereka sanggup bergadai nyawa jika bukan mahu mempertahankan negara tetapi malang sekali pengorbanan mereka diperlekehkan oleh seorang pengkhianat seperti Mat Sabu,” katanya.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Noh Omar menyifatkan Mat Sabu sebagai seorang yang tidak mempunyai pendirian kerana sanggup mengeluarkan apa sahaja kenyataan demi menjaga kedudukan politiknya.
Menurut Ahli Parlimen Tanjung Karang itu, Mat Sabu juga tidak layak menjadi pemimpin kerana tidak tahu menghargai jasa serta pengorbanan orang lain dan telah mengguris hati banyak pihak terutama para pejuang zaman komunis yang masih hidup dan ahli keluarga pejuang yang telah terkorban ketika itu.
"Saya tidak tahu bagaimana orang seperti Mat Sabu yang tidak tahu menghormati dan menghargai perjuangan orang lain boleh dipilih menjadi Timbalan Presiden Pas," kata Noh.
No comments:
Post a Comment