My Add

Wednesday 31 August 2011

Perkembangan semasa yang membosankan

KITA masih dibelenggu perasaan kurang selesa dan bosan dengan perkembangan semasa dalam negara sekarang.

Kita mahu keharmonian, perpaduan serta keamanan sosial dan tidak akan mengikut rentak segelintir kecil pihak yang memainkan isu sensitif demi agenda politik.

Kebelakangan ini dari isu poltik melarat kepada isu perkauman, mencabar Perlembagaan dan Raja-raja Melayu, perundangan, bahasa kebangsaan dan agama.

Orang Melayu dan bumiputera semakin banyak diasak bukan sahaja oleh sebilangan bukan Melayu malahan kelompok orang Melayu sendiri yang menjadi petualang.

Sejak kejutan politik kepada kerajaan dan pembangkang, kuasa politik bumiputera dilihat goyah dan membuka peluang kepada segelintir kecil bukan Melayu membangkitkan isu sensitif.

Tuntutan hak asasi manusia pula dijadikan alasan segelintir lagi rakyat untuk menghalalkan segala bentuk amalan sosial yang bertentangan dengan norma dan budaya.

Perundangan sivil dan syariah pula dicabar melalui pelbagai kes. termasuk kes murtad, tukar jantina, seks luar tabii, perkahwinan sejenis, azan dan bacaan al-Quran.

Hukuman terhadap kes membabitkan arak, judi, zina dan khalwat umat Islam dipersoalkan oleh pihak tidak berkenaan.

Kini timbul pula segelinir puak yang cuba memesongkan fakta sejarah dan kecenderungan memburuk-burukkan pemimpin silam yang berjuang untuk kemerdekaan negara.

Dr. Mahathir Mohamad bukan sahaja bimbang, malah terkilan kerana Pas dilihat memulakan kecenderungan itu.

Bekas Perdana Meneri khuatir trend tersebut berjalan begitu lancar dan apa yang dikatakan oleh Mat Sabu adalah sebahagian daripada usaha memburukkan pemimpin lama mungkin kerana kaitan mereka dengan UMNO.



No comments:

Post a Comment