My Add

Wednesday 3 August 2011

Yang mana satu kenyataan yang benar

YANG mana satu kenyataan yang benar berkaitan isu pengganti ketua pembangkang. Kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim; Mursidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat atau penjelasan Anwar Ibrahim sendiri.

Menurut Zahrain pelawaan pembangkang kepada Tengku Razaleigh dikatakan memang benar-benar berlaku. Nik Aziz menyifatkan khabar angin yang mengaitkannya dengan perbincangan rahsia untuk melantik Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Anwar sebagai satu lawak jenaka.

Anwar pula berkata dia tidak pernah mendengar cadangan daripada mana-mana pemimpin pakatan pembangkang untuk melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua pembangkang yang baru. Perkara itu, mengikut Anwar hanya ditimbulkan oleh Zahrain, bukan oleh pemimpin Pas, DAP atau PKR.


Sebelum ini, akhbar arus perdana melaporkan, parti pembangkang didakwa mempelawa Tengku Razaleigh sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Anwar yang berhadapan masalah berhubung kontroversi video seks dan kes liwat dengan Mohd Saiful Bukhari Azlaan.


Semsa mendedahkan perkara itu, Zahrain mendakwa, tindakan terdesak memilih Ahli Parlimen Gua Musang sebagai persiapan parti pembangkang itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.


Selain itu, Pengerusi Parti Kesejahteraan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim menyatakan dia menerima maklumat daripada rakannya dalam PKR Selangor menyebut Anwar berang dan tersinggung dengan pendedahan terbabit. Berikutan itu, Anwar dilaporkan berusaha mengesan dan menjejaki pemimpin PAS serta DAP yang bertanggungjawab membuat pelawaan berkenaan tanpa merujuk kepadanya.


Sebaik-baiknya Tengku Razaleigh sendiri memberi jawapan yang sebenarnya.

No comments:

Post a Comment