My Add

Saturday 27 August 2011

Syabas JAIM mampu kesan ajaran Syiah

KEUPAYAAN Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengesan penyebaran fahaman Syiah di Melaka adalah satu kejayaan yang terpuji.

Sebuah rumah di Taman Paya Dalam yang diserbu JAIM dipercayai menjadi markas sebuah kumpulan penganut fahaman itu.

Laporan akhbar menyebut, sejumlah 35,000 buku dan risalah mengenai fahaman Syiah yang telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri ditemui di rumah tersebut.

Turut ditahan dalam serbuan itu seorang remaja berusia 18 tahun yang mengaku bekerja di situ serta lima remaja berusia antara 14 dan 15 tahun.

Menurut Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani, buku dan risalah yang ditemui itu telah siap dibungkus dan akan diedarkan melalui pos ke seluruh masjid dan jabatan-jabatan kerajaan.

Satu memorandum mengenai penubuhan Persatuan Syiah Malaysia yang akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin turut ditemui.

Menurut siasatan awal, buku-buku yang akan dihantar itu datang daripada Majlis Syiah Malaysia beralamat di Ulu Tiram, Johor dan sejumlah 6,000 naskhah telah dihantar ke seluruh negara.

Antara ajaran kumpulan tersebut menghalalkan para pengikutnya bernikah secara kontrak dan membenarkan sembahyang jamak dilakukan pada bila-bila masa walaupun bukan dalam keadaan darurat.

Pengikut ajaran tersebut juga menyanjung Ahlul Bait iaitu ahli keluarga Nabi Muhammad SAW secara keterlaluan dengan menganggap golongan itu maksum atau bebas daripada dosa serta anti para sahabat kecuali Saidina Ali.

Kumpulan itu dikesan mula mengedarkan buku-buku terbabit di seluruh masjid dan surau di Melaka sejak Julai lalu tetapi berjaya dipintas oleh JAIM melalui surat yang diedarkan.

No comments:

Post a Comment