My Add

Monday, 29 August 2011

Mat Sabu hilang pertimbangan kewarasan

ANGKARA kenyataan liar berhubung sejarah Bukit Kepong, Mohamad Sabu ditempelak dan dikecaman hebat oleh berbagai pihak termasuk pemimpin tertinggi UMNO, persatuan bekas tentera dan polis serta waris mangsa tragedi berdarah itu.

Timbalan Presiden Pas itu juga dituduh cuba membohongi masyaakat Malysia dan memboktikan dia pemimpin yang kuat berbohong.

Akhbar Mingguan Malaysia menyiarkan secara meluas kecaman dan bantahan terhadap Mat Sabu yang dianggap kurang ajar, biadap, sebagai penyokong komunis dan sebagai pembesar suara DAP.

Mengikut fakta sejarah, tragedi berdarah Bukit Kepong bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Dalam satu ceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, Mat Sabu menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi itu sebagai hero sebenar.

Menurut Mat Sabu, Muhamad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Mat Sabu berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar, selain hanya memihak kepada UMNO.

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan beberapa orang pemimpin tertinggi UMNO kesal sekali kenyataan itu, malah, Timbalan Presiden UMNO itu menyifatkan hujah Mat Sabu bahawa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan adalah sesuatu yang biadab.

“Kenyataan Mohamad Sabu ini adalah satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan tanah air. Sebaliknya beliau dengan angkuhnya telah mengangkat kezaliman pengganas komunis sebagai satu kemuliaan,” katanya.
Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Tun Hussein pula berkata, kenyataan itu menimbulkan kemarahan ramai warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan keluarga anggota keselamatan yang terkorban akibat peristiwa itu.

‘‘Malah, tindakan beliau mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan juga menunjukkan perjuangan Pas ketika ini semakin songsang di bawah kepimpinan seperti Mohamad Sabu,” katanya.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, kenyataan Mat Sabu bahawa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan sebagai satu penghinaan kepada rakyat negara ini.

“Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Mat Sabu dan menganggap bahawa beliau merupakan pemimpin yang tidak berkualiti langsung,” katanya.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, pendapat bahawa anggota polis yang diserang dalam tragedi Bukit Kepong berkhidmat untuk penjajah tidak benar kerana mereka berjuang mempertahankan sebuah wilayah dalam sebuah negeri yang mempunyai sultan.
Katanya, PKM pula tidak pernah ikhlas memperjuangkan kemerdekaan negara kerana matlamat sebenar mereka adalah menyingkirkan raja-raja Melayu dengan cara menubuhkan sebuah republik.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kenyataan Mat Sabu itu termasuk mahu mengubah fakta sejarah menunjukkan pemimpin Pas kini semakin jahil terutamanya sejak menjadi ‘boneka’ DAP.

‘‘Faktor itu juga dipercayai menjadi punca apabila mereka menukar konsep perjuangan mereka kepada negara berkebajikan dan dikhuatiri mereka juga akan mengubah kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan manakala raja-raja Melayu dipinggirkan,” katanya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Mustapa Mohamed berkata, Mat Sabu disifatkannya sudah hilang pedoman.

Sehubungan itu, katanya, Mustapa meminta rakyat menolak pemimpin terbabit yang mengagung-agungkan pengganas komunis kerana gerakan itu telah banyak membawa kemusnahan kepada negara.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Razali Ibrahim berkata, tindakan pemimpin pembangkang itu menyifatkan anggota polis yang terkorban dalam tragedi itu sebagai pegawai British dan bukannya hero sebenar adalah satu penghinaan kepada keluarga mangsa tragedi itu.
Katanya, melihat kenyataan itu secara tidak langsung membuktikan Mohamad Sabu kini mengikut telunjuk DAP dan menjadi 'pembesar suara' kepada parti itu yang selama ini cenderung menunjukkan simpati kepada perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM).

Dalam erti kata lain, DAP kini sudah berjaya berada di dalam barisan kepimpinan Pas dan saya tidak terkejut jika Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng banyak membantu Mohamad memenangi jawatan Timbalan Presiden Pas baru-baru ini, teganya.

Tindakan Mat Sabu mendewa-dewakan komunis dengan menganggap kumpulan pengganas itu hero sebenar tragedi Bukit Kepong mesti ditentang habis-habisan, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dr. Rais Yatim

Menurutnya, Mat Sabu seolah-olah tidak dapat membezakan antara fahaman komunis dan pengganas komunis yang memusnahkan nyawa dan harta benda rakyat Malaysia antara 1948 hingga 1960.

Bagi Rais, kalau inilah jenis pimpinan Pas akan datang, yang memuja gerombolan pengganas sebagai hero Pas, negara ini akan huru-hara.

Apakah ini bab pertama kepada Mat Sabu sebelum Parti Komunis Malaya hendak dihalalkan bagi dia dan pengikutnya? Kalau benar, Pas hendaklah membuat pendirian mulai kini supaya kita mengenal siapa sebenarnya dalang teroris di negara ini, tegasnya.

Sambil menyalar Mat Sabu, bekas tentera di negara ini juga menyifatkan kenyataannya sebagai biadab dan kurang ajar

Kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar, kenyataan Mat Sabu yang menganggap pengganas sebagai hero sebenar dalam tragedi Bukit Kepong menunjukkan dia jahil dalam soal sejarah negara ini.

Khalid berkata, kenyataan Mat Sabu itu juga boleh menimbulkan kemarahan waris-waris pasukan keselamatan, terutamanya anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berjuang bermati-matian menentang pengganas komunis ketika tragedi berdarah itu.

Menurutnya, Mat Sabu perlu memohon maaf kerana kenyataan dangkalnya itu akan menyinggung perasaan waris-waris anggota polis maut dalam tragedi berdarah itu.

Pengerusi Felda, Mohd. Isa Abdul Samad berkata, sebelum ini, May Sabu cuba memutar belit insiden ‘dilanggar’ kenderaan polis ketika perhimpunan haram 9 Julai lalu dan cuba lagi mengelirukan fakta sejarah berhubung Bukit Kepong.

Menurutnya, Mat Sabu sudah tidak ada pertimbangan kewarasan dalam hidup dan perkara itu seharusnya dibimbangi oleh semua pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang.

Kita semua sudah kenal dengan karakternya, dia memang percaya tindakan berbohong itu boleh membawa kejayaan kepada dirinya. Mat Sabu tidak kekok untuk menipu kerana ia telah jadi sebahagian daripada darah dagingnya, katanya.

Isa percaya dia memang teringin untuk ubah semua fakta sejarah tanah air kerana dia mahu orang ramai mengenali dirinya, dia suka popular,” katanya kepada Mingguan Malaysia dekat sini, hari ini.

Wira negara, Pegawai Waran I (B) Temenggong Kanang Langkau melabelkan Mat Sabu sebagai pendokong komunis yang tidak layak mengambil bahagian dalam politik demokrasi di negara ini apabila mengangkat pengganas komunis sebagai hero tragedi Bukit Kepong.

Kanang menitiskan air mata apabila membaca laporan mengenai kenyataan prokomunis pemimpin nombua Pas itu berkata, Mat Sabu juga adalah watak penghasut yang sewajarnya dikenakan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kanang yang tidak dapat mengawal perasaan apabila membaca laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini, menegaskan pemimpin pembangkang itu tidak layak menjadi rakyat Malaysia kerana tergamak membuat kenyataan sedemikian menjelang sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan negara Rabu ini.

Ketua Penerangan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Jurit Ramli menegaskan, ia jelas satu penghinaan besar terhadap seluruh bekas anggota pasukan keselamatan negara serta keluarga arwah yang terkorban melawan komunis pada era darurat.

Bekas tentera yang pernah berkhidmat dalam pasukan Malbatt Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menyeru semua bekas tentera dan polis bersatu untuk 'menyerang hendap' Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Parlimen yang Pagoh membuat laporan polis meminta polis menyiasat kenyataan Mat Sabu itu mengikut Akta Hasutan dan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

Kenyataan itu menunjukkan Mat Sabu tidak sensitif dan ketandusan idea demi kesinambungan politik murahan pakatan pembangkang sehingga menidakkan kebenaran.

Persatuan Bekas Anggota Polis Negeri Terengganu yang mempunyai 4,500 anggota juga membuat laporan polis berhubung kenyataan tersebut yang dianggap keterlaluan hingga sanggup menghina polis demi mencari populariti.

Pengerusinya, Hussin Awang Ngah berkata, tindakan Mat Sabu menyanjung komunis dan merendahkan maruah anggota keselamatan amat dikesali, sekali gus menunjukkan beliau telah terpengaruh dengan ideologi komunis.

"Saya hairan kenapa sekarang orang kuat nombor dua Pas itu baru menimbulkan perkara tersebut dan tidak membangkitkannya selama ini,” katanya.

Waris mangsa yang terkorban dalam tragedi itu kecewa dan terguris dengan kenyataan Mat Sabu itu.

Ismail Yahya, 80, adik kepada polis bantuan (AP) Othman Yahya yang terbunuh dalam tragedi berdarah tersebut, mengakui amat terkilan dengan kenyataan biadab Timbalan Presiden Pas itu.

Tegasnya, abangnya berjuang bersama-sama anggota polis Balai Bukit Kepong waktu itu secara sukarela kerana sayangkan keamanan dan tanah air.

"Mengapa jasa dan pengorbanan abang saya tidak dikenang Mat Sabu? Walaupun kami daripada keluarga miskin tetapi abang saya mengetepikan semua itu semata-mata untuk berjuang demi tanah air tanpa dibayar satu sen pun.

"Sedih apabila mengenangkan pengorbanan abang saya tidak dihargai walaupun kami tidak minta disanjung. Kenapa pula kenyataan jahat dan bodoh seperti ini diluahkan," soalnya.

Ismail berkata, Mat Sabu tidak pernah merasai saat-saat pilu seperti dilaluinya apabila memangku mayat abangnya dan mengambil tangan, kaki dan kepala mereka yang terkorban untuk disemadikan selepas itu.

"Semua ini tidak berlaku terhadap keluarga atau saudara-mara dia, sebab itu dia bercakap apa sahaja tanpa memikirkan perasaan orang lain. Dia ini Melayu ke apa? Kalau nak ambil hati DAP pun berpada-padalah," katanya.

Sehubungan itu, Ismail mahu Mat Sabu berhenti daripada memutar belit kenyataan dan jangan memperalatkan Islam atau menggadaikan maruah bangsa Melayu hanya untuk cita-cita politiknya.

Sementara itu, Penghulu Bukit Kepong, Mohd. Azhari Bidin, 40, menyifatkan kenyataan Mat Sabu sebagai jahat dan mempunyai agenda tertentu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Azlan meminta pemimpin Pas itu insaf, bertaubat dan berpada-pada dalam berpolitik kerana tidak semua perkara boleh dipertaruhkan termasuk agama.

"Inikah pejuang Islam? Orang seperti ini tidak layak jadi pemimpin dan dia pun bukan daripada golongan ulama atau profesional. Rugi bagi Pas kerana memiliki orang seperti ini apatah lagi bertaraf pemimpin," katanya.

No comments:

Post a Comment