My Add

Friday, 5 August 2011

Yang tersirat di sebalik jamuan malam di gereja

MENTERI Besar, Abdul Khalid Ibrahim arah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kemuka laporan penuh berhubung serbuan pihak berkuasa agama itu terhadap majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya.


Kesal terhadap insiden itu, Abdul Khalid menyatakan kerajaan negeri memandang serius perkara tersebut dan telah menghubungi paderi kanan gereja berkenaan, Pastor Daniel. Ho bagi menyampaikan pendirian kerajaan negeri mengenai serbuan itu.


Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri menghormati kebebasan beragama dan hak semua pihak untuk meraikan kebudayaan dan kepercayaan mereka dan kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan toleransi di kalangan rakyat pelbagai agama selain menghargai usaha meningkatkan kefahaman di antara satu sama lain.


Menurut laporan Utusan Malaysia, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama berdasarkan maklumat yang diterima.


Maklumat tersebut menyatakan terdapatnya kehadiran orang Islam di dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.


Anggota Penguatkuasaan JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di premis terbabit walaupun dihalang oleh pihak penganjur. Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai.


Di dalam majlis tersebut juga, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam, di mana ucapannya ada diselitkan dengan perkataan Quran dan ‘pray’.


Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguat kuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahanbukti.


Pegawai penguat kuasa JAIS dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang oleh penguat kuasa JAIS.


Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadiri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat. Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan.


Mereka diarah untuk menghadirkan diri di Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk siasatan lanjut.

No comments:

Post a Comment