SEBAGAI menghargai sumbangan mereka, kesemua 112,635 warga peneroka Felda akan mendapa duit raya membabitkan peruntukan berjumlah RM42.6 juta. Daripada jumlah itu, seramai 100,357 peneroka atau 89.1 peratus yang bersama Felda akan menerima RM400 seorang iaitu melibatkan peruntukan berjumlah RM40.14 juta.
Bakinya iaitu seramai 12,278 atau 10.9 peratus peneroka yang tidak bersama Felda pula akan menerima RM200 seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.46 juta. Bayaran akan dibuat kepada semua peneroka dalam minggu kedua bulan Ramadan dan dibayar di peringkat rancangan Felda seluruh negara.
Menurut Perdana Menteri, Najib Razak, pemberian itu adalah untuk menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan Felda di samping membantu perbelanjaan persiapan menjelang hari raya dan berharap pemberian wang itu akan dapat meringankan beban kewangan para peneroka dalam membuat persiapan menyambut ketibaan Syawal.
Sambil itu, Najib mengajak peneroka yang tidak bersama Felda supaya kembali bersama Felda bagi memaju dan memakmurkan lagi tanah rancangan.
No comments:
Post a Comment