My Add

Monday, 15 August 2011

Larangan mengikut hukum syarak, bukan fatwa

LARANGAN terhadap masjid atau surau di Pulau Pinang menggunakan pembesar suara untuk bacaan al-Quran sebelum subuh berlandaskan hukum syarak dan nas-nas yang sahih, bukanlah satu fatwa.

Berdasarkan penjelasan Mufti Pulau Pinanh, Hasan Ahmad, tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.

Hasan menyatakan kekesalannya atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.

Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni dan larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri, tegasnya.

Menurutnya, banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.

Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004, tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ia tidak memerlukan perkenan Seri Paduka baginda.

No comments:

Post a Comment