My Add

Tuesday, 16 August 2011

Semuanya tidak betul kepada Pakatan Rakyat

APA nak jadi dengan Pakatan Rakyat? Semuanya tidak kena dan tidak betul tindakan kerajaan. Ada saja salah dan cacat celanya. Keputusan Perdana Menteri menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dianggap sebagai tergesa-gesa dan dikatakan umtuk melarikan diri daripada desakannya berhubung isu rakyat asing dijadikan warganegara.

Tindakan menjadikan rakyat asing sebagai warganegara dituduh pula sebagai satu pengkhianatan amat jelas terhadap negara yang dilakukan oleh para pemimpin Umno/BN dan ia perlu dibincangkan dengan meluas di Parlimen, bagi menyelesaikannya demi kepentingan negara.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, tindakan Najib Razak menubuhkan jawatankuasa itu amat meragukan Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi penubuhannya langsung tidak dirundingkan dengan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Menurutnya, penubuhan jawatankuasa itu adalah susulan dari tindakan pemimpin Pakatan Rakyat yang turut melibatkannya yang menghantar surat rasmi ke Parlimen untuk mendesak kerajaan memanggil persidangan khas Parlimen pada 8 Ogos lalu.

Katanya, surat itu telah diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang akan menyerahkannya kepada Perdana Menteri untuk diberikan respon segera dalam tempoh seminggu. Tempoh seminggu itu dah berakhir 15 Ogos.

Penubuhan jawatankuasa itu, menurut Salahuddin, penuh dengan keraguan dan tanda tanya kerana ia tidak didahulukan dengan cadangan penubuhannya pada persidangan Parlimen oleh seorang menteri seperti yang lazim dilakukan, bagi membolehkan ia dibincangkan oleh Ahli-ahli Parlimen.

Sepatutnya, untuk menubuhkan jawatankuasa itu, Perdana Menteri mestilah memanggil persidangan Parlimen untuk membincangkannya. Bukan ambil tindakan terus menubuhkannya seperti yang dilakukan itu.

Katanya, ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat) tidak pun dihubungi, tidak dipanggil untuk membincangkannya. Jadi, mereka sendiri pun tidak tahu apa maknanya penubuhan jawatankuasa itu. Apa bentuk jawatankuasa yang hendak ditubuhkan dan siapakah yang akan menjadi ketuanya?


No comments:

Post a Comment