CERAMAH Mohamad Sabu menghina pejuang kemerdekaan negara terus dikecam. Beberapa pihak meanggap kenyataan Timbalan Pressiden Pas itu jijik, pelik, biadap dan berbaur hasutan.
Dari Kuching, Bernama melaporkan perasaan marah dan rasa tidak senang hati bekas anggota polis dan tentera di Sarawak itu disampaikan kepada Mat Sabu melalui Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Sarawak, Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat
Wan Junaidi adalah bekas polis, pernah berkhidmat dalam hutan menentang pengganas komunis pada 1969 hingga 1973 da pernah membantu penubuhan ibu pejabat Rascom di Sibu.
"Jadi saya dapati bahawa politik Mat Sabu (Mohamad) menjadi satu politik keterlaluan untuk menarik perhatian kepada beliau sendiri dan parti beliau... mungkin dalam keadaan nak menang pilihan raya umum nanti. kata Wan Junaidi.
“ Dakwaan Timbalan Presiden PAS bahawa pengganas komunis itu hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara amat bahaya,” Kata Wan Junaidi.
Semalam (Selasa), semasa mengulas perkembangan isu itu, Menteri Dalam Negeri, Hishammudin Husein meluahkan rasa kehampaannya, berkata: "Kalau orang lain boleh berasa marah, bayangkan keadaan saya sendiri sebagai cucu kepada Datuk Onn Jaafar serta seluruh ahli keluarga Tunku Abdul Rahman?"
Kerajaan katanya, tidak boleh terperangkap dalam mengenakan tindakan ke atas Mat Sabu berhubung kenyataannya menghina pejuang kemerdekaan negara.
Menurutnya, sebarang tindakan ke atas Mat Sabu akan diambil mengikut lunas undang-undang dan perlu mengelak sehinggakan mendatangkan simpati kepada Mat Sabu.
Apa jua tindakan yang kita ambil mestilah mengikut keadaan dan suasana serta pertimbangan tuan punya badan (Mat Sabu) yang melakukannya (membuat kenyataan)," katanya.
Hishammuddin percaya apa yang disebut oleh Mat Sabu itu adalah satu provokasi politik yang lahir daripada pemikiran sempit dan bertujuan untuk melihat reaksi kerajaan.
Timbalan Menteri Kewangan, Dr. Awang Adek Hussin pula berkata,tiada individu yang waras sanggup memesongkan fakta sejarah dengan mengatakan pengganas komunis yang telah memusnahkan negara adalah hero kecuali untuk provokasi, kepentingan peribadi dan politik.
Menurutnya, Mat Sabu berbuat demikian menunjukkan dia tidak mensyukuri nikmat kesenangan dan amalan demokrasi yang berkemungkinan tidak terlaksana sekiranya negara diperintah oleh pengganas komunis.
"Seseorang yang siuman dan berfikiran waras tidak akan berani memesongkan fakta sejarah. Apa yang peliknya, bila ditempelak banyak pihak dengan mudah dijawab lupa terhadap apa yang dituturkan. Begitulah kalau bersikap terlalu gemar mencerca kerajaan.
"Perbuatan sebegini amat mendukacitakan bukan sahaja orang Melayu Islam, malah seluruh rakyat yang cintakan keamanan. Ia tidak sepatutnya dilafazkan oleh pemimpin yang mendakwa membawa agenda perjuangan Islam dalam saat negara di ambang sambutan ulang tahun kemerdekaan," katanya.
Veteran VAT 69 Komando, Wan Taha Wan Mohamed, 66, berasa terhina dengan tindakan Mat Sabu yang mendakwa Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero sebenar dalam peristiwa Bukit Kepong.
“Mat Sabu tidak pernah tinggalkan anak bini. Dia cuma tahu ‘melalak’ sahaja. Kalau dia tidak jaga percakapannya, saya bimbang nanti dia ‘Mat Penyapu’ pula.
“Orang macam Ma Sabu ibarat ‘kain buruk’ kepada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas,'' katanya.
Tokoh Cendekiawan Islam, Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady menyifatkan pemimpin Melayu yang mengagung-agungkan komunis merupakan seorang yang biadab dari segi budaya.
Katanya, golongan itu tidak faham sejarah dan perkara-perkara yang perlu dijaga dalam budaya bangsa seperti nilai-nilai dan prinsip-prinsip sehingga hilang pertimbangan.
“Ini masalah kebiadaban budaya yang telah berkembang, dari segi permasalahan, dia nampak dari segi zahir sahaja, ini akan membawa kepada malapetaka, nauzubillah,” katanya..
Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip pula berkata, adalah mustahil untuk Mat Sabu terlupa dengan apa yang diucapkannya memandangkan dia sudah biasa menyampaikan ceramah di seluruh negara.
Naib Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan, Mustapha Yaakub mencabar bekas anggota pasukan keselamatan dalam Pas supaya keluar daripada parti itu sebagai bantahan terhadap kenyataan Mohamad.
"Tindakan itu perlu diambil demi maruah pasukan keselamatan dan semangat kepahlawanan sebagai anggota pertahanan negara, apatah lagi selepas melalui penderitaan akibat kekejaman komunis," katanya.
Bagi Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah pula, kenyataan itu memperlihatkan betapa teruknya standard dan kualiti yang dimiliki oleh seorang Timbalan Presiden Pas.
Lebih biadab, dalam ceramah itu, Mohamad turut mendakwa bahawa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana merupakan pegawai British.
Pengerusi Persatuan Bekas Polis Johor, Mohd. Shah Ithnin berkata, kenyataan tersebut menunjukkan Mohamad mengagungkan PKM yang sememangnya diketahui zalim.
"Saya sangat dukacita dengan kenyataan tersebut. Saya percaya waktu kejadian serangan Balai Polis Bukit Kepong, dia (Mohamad) baru ingin mengenal dunia, masakan dia boleh memberi kenyataan tentang sesuatu yang dia tidak tahu," katanya.
"Berderau darah saya apabila membaca kenyataan Mat Sabu menganggap komunis sebagai hero. Saya tak tahu hendak kata apa lagi.", denikian reaksi Ramli Mat Akib, 71, yang kehilangan bapanya akibat kekejaman komunis.
Sambil mengakui amat terguris dengan kenyataan pemimpin pembangkang itu, Ramli berkata, 'luka' akibat kekejaman komunis tidak akan sembuh sampai bila-bila.
"Takkan saya hendak lupakan dan menganggap mereka hero, sedangkan kubur bapa sendiri pun tak tahu letak di mana sampai sekarang," katanya ketika ditemui pemberita Utusan Malaysia di Bukit Selambau dekat Sungai Petahi.
Menceritakan episod hitam itu, Ramli berkata, kejadian berlaku lebih enam dekad lalu semasa dia sekeluarga menemani bapanya, Mat Akib Ismail pulang dari menjual getah di Sungai Petani.
"Dalam perjalanan balik, di kawasan Kampung Kuala Sin, komunis yang menyamar sebagai anggota keselamatan meminta ditunjukkan kad pengenalan. Selepas tunjuk kad, mereka kata mahu bawa bapa ke balai dan menyuruh saya dan emak balik rumah.
"Apabila mak saya tanya kenapa tak bawa bersama, mereka tak cakap apa dan letakkan senapang di perut mak saya. Kami kemudian balik rumah dan sampai sekarang ayah tak balik," katanya.
Bagi Che Embi Soud, 80, Mat Sabu sepatutnya mengkaji sedalam-dalamnya sejarah komunis di negara ini.
Che Embi berjuang bersama-sama anggota keselamatan mempertahankan kawasan Bukit Selambau, ramai ahli keluarga dan sahabat handainya terkorban angkara komunis.
"Kepada mereka yang masih tidak faham kekejaman komunis, datanglah ke Bukit Selambau, saya masih boleh tunjukkan kubur mereka yang terkorban," katanya.
Seorang lagi waris mangsa kekejaman komunis, Zubir Abdul Rahman, 70, berkata, pemimpin kanan pembangkang itu sepatutnya lebih memahami penderitaan yang ditanggung angkara komunis.
"Orang Melayu yang paling ramai jadi mangsa kekejaman komunis. Memang sampai bila-bila tak boleh lupa. Tapi sekarang seorang pemimpin Melayu malah, dari parti yang mendakwa perjuangkan Islam sendiri mengagung-agungkan komunis, apakah jenis pemimpin ini," soalnya.
Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, Badri Yunus berkata, kenyataan Mat Sabu itu jelas menggambarkan keangkuhan pemimpin pembangkang itu.
"Dia memang angkuh bila keluar kenyataan sebegitu rupa. Namun, kenyataan ini sungguh mengguris hati penduduk Bukit Selambau yang rata-ratanya pernah diseksa oleh komunis,'' katanya.
No comments:
Post a Comment