LONDON, SABTU, 31 Ogos, 2013: Isteri Putera William, Kate Middleton tampil buat pertama kalinya di khalayak umum semalam, selepas melahirkan putera sulungnya lima minggu lalu bagi menyaksikan kejohanan kereta lasak di Wales.
Namun, beliau tidak membawa bersamanya Prince George menyaksikan kejohanan itu di Pulau Anglesey, yang juga merupakan pangkalan Tentera Udara Diraja Britain tempat suaminya berkhidmat sebagai pemandu helikopter mencari dan menyelamat.
Tampil dengan seluar jeans hitam, jaket berwarna kelabu-hijau, dan rambut coklatnya yang mengurai, penduduk tempatan menyifatkan Kate sebagai seorang yang sangat cantik.
Kate memberitahu seorang penonton bahawa beliau meninggalkan George dengan neneknya, Carole Middleton pada hari tersebut.
''Saya bertanya bagaimana dengan George? tanya penonton itu, dan Kate berkata, dia (George) berada dalam keadaan yang sangat baik. Dia bersama neneknya.
''Kedua-dua mereka (William dan Kate) adalah orang yang benar-benar jujur. Ia adalah sesuatu yang baik apabila dapat bercakap dengan dia (Kate). Dia (Kate) kelihatan cantik, betul tak?,'' tanya Sarah Bingham, isteri kepada pengasas perlumbaan tersebut.
Seorang lagi penduduk tempatan Marian Wyn-Jones berkata, Kate mampu menjadi seorang ibu yang baik.
''Kami bercakap tentang kegembiraan yang dialami Kate sejak memiliki George dan begitu cepat dia berubah,'' katanya.
Kejohanan itu dirasmikan oleh William. - AFP/UTUSAN
No comments:
Post a Comment