My Add

Friday, 27 September 2013

Polis Sudan lepas gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan

KHARTOUM, KHAMIS, 25 September, 2013: Polis Sudan terpaksa melepaskan gas pemedih mata ke atas penunjuk perasaan antikerajaan kerana menentang kenaikan harga bahan api di bandar ini semalam.

Penunjuk perasaan berkumpul di bangunan universiti dan beberapa stesen minyak serta menyekat jalan utama yang menuju ke lapangan terbang berhampiran Hotel Rotana.

Seorang wartawan Reuters menyaksikan polis melepaskan tembakan serentak ke arah penunjuk perasaan yang berkumpul manakala beratus-ratus lagi pegawai dan agen keselamatan bergegas ke pusat bandar. - REUTERS/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment