My Add

Friday, 27 September 2013

Usaha JAIPk banteras Syiah tidak bermotif politik

IPOH 2, KHAMIS, 26 September, 2013: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) hari ini menegaskan kegiatan penguatkuasaan membanteras penularan fahaman Syiah di negeri ini tidak mempunyai sebarang kepentingan politik.

Pengarah JAIPk, Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, tindakan itu dilakukan semata-mata bagi menegakkan hal berkaitan akidah.

"Sebanyak 15 orang di Perak telah mengisytiharkan diri sebagai ahli Syiah dan keluar daripada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Enam orang sudah didakwa dan selebihnya kita dalam proses ke arah itu.

"Syiah ini bukan agama mahupun mazhab tetapi merupakan satu penyelewengan, itu perlu kita beri perhatian. Niat kita jujur dan ikhlas bagi mengelak umat Islam daripada terjebak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Seminar Bahaya Syiah Dan Kesannya Terhadap Umat Islam anjuran Bahagian Dakwah JAIPk yang dihadiri kira-kira 1,400 orang di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment