Bung Moktar |
Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, kerajaan perlu mengambil serius mengenai syor tersebut kerana masih terdapat penduduk di kawasan-kawasan pedalaman khususnya Sabah dan Sarawak pada masa ini hidup dalam keadaan miskin.
Bukan itu sahaja, kata beliau, terdapat juga kawasan-kawasan di pedalaman masih belum menerima kemudahan-kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik serta air bersih hingga menyebabkan penduduk-penduduk kawasan tersebut hidup dalam serba kesukaran.
"Satu kawasan Parlimen adalah berbeza dengan satu kawasan Parlimen yang lain. Kita tidak boleh membandingkan penduduk di Kota Kinabalu dengan penduduk di kawasan saya. Taraf kehidupan mereka berbeza.
"Sebab itu kita memerlukan satu bank data bagi membolehkan kerajaan mendapatkan maklumat terkini, sekali gus memudahkan usaha menyalurkan bantuan kepada penduduk miskin serta menyegerakan penyediaan kemudahan-kemudahan asas di kawasan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2013) di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, hari ini.
Menjawab celahan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas), beliau menarik minat ahli-ahli dewan yang lain apabila menyatakan bahawa syornya itu tidak termasuk kawasan-kawasan Parlimen dimenangi oleh wakil-wakil rakyat parti pembangkang.
Katanya, disebabkan wakil-wakil rakyat pembangkang menang di kawasan tersebut, maka seharusnya dibiarkan mereka menguruskan segala kekurangan yang ada.
"Kita hanya bantu 137 kawasan Parlimen yang dimenangi oleh Barisan Nasional (BN). Kawasan-kawasan yang dimenangi oleh wakil-wakil rakyat pembangkang biarkan mereka uruskan sendiri," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Bung Moktar mahu kerajaan membina pos-pos keselamatan di kawasan rumah air di Sabah bagi membolehkan anggota-anggota keselamatan berkawal di lokasi berkenaan.
"Perkara ini juga perlu diambil serius oleh pihak kerajaan memandangkan kawasan tersebut dan kawasan sekitar sering terdedah dengan pelbagai ancaman. Sebagai contoh, ada kala mereka tidak dapat turut ke laut mencari rezeki disebabkan ancaman lanun," ujarnya.
Datuk Madius Tangau (BN-Tuaran) ketika membahaskan rang undang-undang sama turut menyokong cadangan yang telah dibuat oleh Bung Moktar dalam usaha membela nasib rakyat. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment