Oleh Sayed Hesham
IPOH, SELASA, 29 Oktober, 2013: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengarahkan sebanyak 12 syarikat menarik balik iklan produk mereka yang didapati mengelirukan orang ramai.
Timbalan Ketua Setiausaha (Kepenggunaan dan Pengurusan) kementerian itu, Datuk Basaruddin Sadali berkata, arahan tersebut turut melibatkan syarikat-syarikat besar yang menyiarkan iklan seperti ubat-ubatan dan minuman herba yang belum dibuktikan secara saintifik selain iklan oleh syarikat penerbangan.
Kata beliau, pihaknya juga mengarahkan iklan yang mengeksploitasi wanita ditarik balik.
Menurutnya, kesemua 12 syarikat berkenaan sudah dipanggil baru-baru ini dan jika masih berdegil dengan arahan itu, kementerian akan mengambil tindakan lanjut.
"Buat masa ini kementerian masih memberi peluang dengan meminta mereka memberikan kerjasama supaya menarik semula iklan itu kerana ini mungkin merupakan perkara baharu bagi mereka.
"Kementerian belum mahu melaksanakan tindakan sehingga mengheret mereka ke mahkamah," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan sumbangan kepada Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Chulan, di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengetua SMK Raja Chulan, Saadiah Alang Abdullah
Basaruddin menambah, antara iklan yang mengelirukan seperti minuman herba yang begitu popular dalam kalangan masyarakat yang didakwa baik untuk kesihatan tetapi belum dibuktikan menerusi kajian saintifik.
Menurutnya, ubat-ubatan yang mahu diiklankan perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan dan hasilnya terbukti seperti yang diiklankan.
Kata beliau, pihaknya juga menubuhkan jawatankuasa khas untuk menilai iklan-iklan yang mengelirukan itu dan meminta kerjasama media supaya tidak menyiarkan iklan-iklan yang mengelirukan orang ramai. - UTUSAN
*BASANUDDIN Sadali (dua dari kiri) menyampaikan replika cek kepada Saadiah Alang Abdullah di SMK Raja Chulan, Ipoh, Perak, semalam. - utusan/Sayed Hesham |

No comments:
Post a Comment