Oleh HUSSAINI AMRAN
KUALA LUMPUR, AHAD, 28 Oktober, 2013: Tan Sri Muhyiddin Yassin berbangga dengan pengiktirafan Connectivity Scorecard 2013 yang meletakkan Malaysia di tempat kedua dalam kalangan 26 negara berdaya maju dari aspek sumber dan kecekapan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kedudukan itu mengatasi beberapa negara ASEAN termasuk Thailand yang menduduki tempat ke-13, Vietnam (14), Filipina (18) dan Indonesia (20) manakala Singapura disenaraikan di bawah kumpulan negara-negara berinovatif.
"Amat menggembirakan apabila melihat prestasi konsisten Malaysia dalam scorecard tersebut dengan mengekalkan kedudukan tiga tempat teratas sepanjang beberapa tahun lalu," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Perkhidmatan Internet Protokol (IP) V Telecoms Global di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Datuk Mohamed Shahril Mohamed Tarmizi dan Pengerusi V Telecoms Global Limited, Tan Sri Syed Mohd. Yusof Tun Syed Nasir. - UTUSAN ONLINE
*MUHYIDDIN Yassin (kanan) melancarkan perkhidmatan Internet protokol V Telecoms Global sambil diperhatikan Ahmad Shabery Cheek (kiri) dan Syed Yusof Tun Syed Nasir (dua kanan) di Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN |
Timbalan Perdana Menteri berkata, kedudukan itu mengatasi beberapa negara ASEAN termasuk Thailand yang menduduki tempat ke-13, Vietnam (14), Filipina (18) dan Indonesia (20) manakala Singapura disenaraikan di bawah kumpulan negara-negara berinovatif.
"Amat menggembirakan apabila melihat prestasi konsisten Malaysia dalam scorecard tersebut dengan mengekalkan kedudukan tiga tempat teratas sepanjang beberapa tahun lalu," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Perkhidmatan Internet Protokol (IP) V Telecoms Global di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Datuk Mohamed Shahril Mohamed Tarmizi dan Pengerusi V Telecoms Global Limited, Tan Sri Syed Mohd. Yusof Tun Syed Nasir. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment