Oleh Oleh BORHAN ABU SAMAH
JERAI, SELASA, 29 Oktober, 2013: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan terus komited dalam memartabatkan agama Islam di negara ini dan memastikan umat Islam terus maju dari semua aspek.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, tidak ada negara lain yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi seperti Malaysia dan sejak dari dahulu kerajaan melakukan pelbagai usaha memajukan iktisad, ekonomi dan sosial umat Islam.
"Usaha dilakukan telah memberi manfaat besar kepada umat Islam seperti pembinaan Universiti Islam Antarabangsa, Takaful Islam, Tabung Haji dan banyak lagi," kata ketika berucap pada majlis bersama penduduk Bukit Choras di sini hari ini.
Terdahulu beliau melawat Madrasah Mazahirul Ulum dan mengumumkan bantuan sebanyak RM350,000 pembinaan bangunan pusat tahfiz yang telah ditubuhakan sejak tahun 1995.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 untuk melebarkan jalan Kampung Bukit Choras.
Bagaimanapun Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, pembangunan umat Islam tidak akan berjaya jika tidak mendapat sokongan rakyat yang prihatin tentang agama mereka.
Sehubungan itu beliau meminta penduduk Sungai Limau bersama-sama kerajaan dan memilih wakil kalangan pemimpin yang mewakili kerajaan supaya mereka tidak ketinggalan daripada pembangunan yang dilaksanakan.
"Saya umum peruntukan hari ini tanpa bertanya sama Pengerusi Madrasah Ustaz Shahrul Nizam Salleh sokong kerajaan atau Pas, ia semata-mata untuk kebaikan anak-anak kita, tapi saya harap beliau sokong kita," kata Muhyiddin.
Walaupun telah banyak dilakukan kerajaan untuk memartabatkan Islam, kata Muhyiddin, tetapi banyak lagi yang perlu dilaksanakan dan kerajaan memberi komitmen berterusan.
Sementara itu Shahrul Nizam ketika berucap berharap kerajaan terus memberi sokongan kepada pusat pengajian pondok yang menjadi benteng bagi mempertahankan aqidah umat Islam daripada pengaruh negatif seperti fahaman Syiah yang menular di negara ini.
"Ulama-ulama yang dilahirkan dari sekolah pondok yang bangkit menentang fahaman sesat dan membahayakan umat Islam," katanya. - UTUSAN ONLINE
*MUHYIDDIN Yassin bersalaman dengan sebahagian pelajar pondok ketika hadir melawat Madrasah Mazahirul Ulum, Bukit Choras di Bukit Besar, Jerai hari ini. - UTUSAN |

No comments:
Post a Comment