*MUHYIDDIN Yassin menyaksikan majlis bertukar dokumen persefahaman (MoU) dan terma rujukan (ToR) di antara Negeri Sembilan yang diwakili oleh Mohamad Hassan dengan negeri Melaka yang diwakili oleh Idris Haron (kanan) pada majlis menandatangani perjanjian sempadan itu di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. Turut sama Adnan Yaakob (kiri). - BERNAMA |
Mesyuarat yang turut dihadiri beberapa menteri Kabinet itu bermula kira-kira pukul 10 pagi dan berakhir dua jam kemudian.
Ini merupakan mesyuarat kali ketiga diadakan tahun ini, kali pertama dan kedua masing-masing pada Februari dan Jun lepas, yang bertujuan menyelaras pentadbiran antara negeri selain membincangkan isu-isu berbangkit.
Selepas mesyuarat itu, Muhyiddin turut menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Sempadan Bersama Negeri Sembilan dan Pahang serta Memorandum Persefahaman (MoU) dan Term of Reference (ToR) (perjanjian rangka kerja) Negeri Sembilan-Melaka di bangunan yang sama.
Melaka diwakili Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron, Negeri Sembilan diwakili Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan manakala Pahang diwakili Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment