My Add

Tuesday, 29 October 2013

Henti layan tuntutan kumpulan pelampau - Tun Dr. Mahathir

 *TUN Dr. Mahathir Mohamed melayani permintaan beberapa peserta yang mahu mendapatkan tanda tangan beliau sebelum menyampaikan ucaptama pada forum di Yayasan Kepimpinan Perdana,Putrajaya hari ini. - UTUSAN
PUTRAJAYA, ISNIN, 28 Oktober, 2013: Kerajaan tidak perlu melayan tuntutan-tuntutan daripada kumpulan pelampau kerana mereka tidak akan berhenti daripada membangkitkan isu-isu baharu walaupun selepas permintaan mereka dipenuhi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keadaan itu berlaku kerana sasaran kumpulan ekstrimis adalah untuk menumbangkan kerajaan melalui isu-isu yang dibangkitkan.

"Jika anda berpendapat kumpulan ini akan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan memberi sokongan selepas tuntutan mereka dipenuhi, maka anda telah silap," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bertajuk "Trend Politik dan Kesannya kepada Hala Tuju Ekonomi dan Sosial Malaysia" di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, kumpulan pelampau wujud di dalam setiap masyarakat dan kadang-kala mereka berjaya menguasai pentadbiran negara dengan memainkan isu-isu yang sensitif.

Beliau berkata, berbanding kumpulan ekstrimis yang lantang meluahkan tuntutan masing-masing, golongan sederhana kelihatan enggan menyuarakan pandangan kerana takut dilabel dengan jolokan yang tidak baik. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment