KUALA LUMPUR, ISNIN, 28 Oktober, 2013: Kementerian Kesihatan menasihati pengguna agar tidak membeli dan mengguna produk tradisional tidak berdaftar dikenali 'Majun Dua Istimewa' yang didapati mengandungi racun berbahaya.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian, Datuk Eisah Abdul Rahman berkata ujian mendapati produk itu mengandungi dexamethasone yang antara lain boleh mengakibatkan penyakit berkaitan hati serta kegagalan fungsi buah pinggang akut jika diambil tanpa pengawasan doktor.
"Seorang pesakit meninggal dunia akibat komplikasi penyakit kencing manis yang tidak terkawal apabila mengambil produk itu selama dua bulan sebagai ubat tahan sakit," katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut Eisah kesan lain termasuk peningkatan berat badan, Cushing Syndrome, kesan alergi, peningkatan kadar kolestrol, sakit kepala, sakit perut, tulang rapuh, sesak nafas, jangkitan kuman dan gangguan perjalanan darah.
Katanya dexemethasone yang dikawal mengikut Akta Racun 1952 merupakan sejenis kortikosteroid dengan fungsi antiradang dan biasa diguna dalam rawatan alergi hanya boleh dibekal dengan preskripsi doktor.
Menurut Eisah produk tersebut masih ada di pasaran meskipun Bahagian Penguatkuasaan Farmasi telah membuat serbuan dan merampas 401 botol produk bernilai RM146,779 setakat Jun lepas.
Sehubungan itu beliau mengingatkan peniaga agar menghentikan penjualan, pengedaran dan penggunaan produk itu kerana melanggar Akta Jualan Dadah 1952 serta Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Individu yang didapati bersalah mengikut peraturan ini boleh didenda tidak lebih RM25,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama, dan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.
Bagi syarikat yang melakukan kesalahan itu, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya, katanya.
Orang ramai juga diminta supaya menyalurkan maklumat berkaitan produk terbabit kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM (BPFK) di talian 03-78413200 atau Cawangan Penguatkuasaan Farmasi berdekatan atau e-mel pharmacy1@moh.gov.my agar tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap pihak yang ingkar.
Status pendaftaran sesuatu produk juga boleh disemak di talian 03-78835400 atau layari laman sesawang www.bpfk.gov.my. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment