My Add

Monday, 28 October 2013

Lawatan PM ke Manchester dibatal akibat cuaca buruk

Daripada AZNAN BAKAR

LONDON, ISNIN, 28 Oktober, 2013: Ribut kencang yang membadai Britain sejak semalam menyebabkan beberapa program Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang dalam lawatan kerja ke negara ini terpaksa dibatalkan.

Angin kencang selaju kira-kira 130 kilometer sejam menjejaskan sistem pengangkutan awam di negara ini termasuk menyebabkan pembatalan penerbangan Perdana Menteri ke Manchester bagi menghadiri program kesukarelaan 1M4U.

Perdana Menteri yang tiba di London dua hari lalu sedang dalam dalam rangka lawatan kerja untuk menghadiri Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Ke-9, sepatutnya berlepas ke Manchester dari Lapangan Terbang Luton dekat sini, pagi ini.

Mengikut jadual asal, Perdana Menteri akan bersama-sama dengan sukarelawan 1M4U menjalankan aktiviti kesukarelaan di Masjid dan Pusat Islam Manchester.

Agensi Alam Sekitar Britain telah mengeluarkan lapan amaran banjir di barat daya England, sementara hampir semua syarikat pengendali perkhidmatan keretapi dan syarikat penerbangan membatalkan perkhidmatan mereka.

Taufan St. Jude yang bergerak dari Lautan Atlantik melanda Britain seawal pagi semalam dengan jabatan meteorologi meramalkannya sebagai yang terburuk dalam tempoh sedekad lalu. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment