My Add

Thursday, 26 September 2013

Tahaluf siyasi: Naib Presiden Pas diminta nyata pendirian

 Harun Taib
KUALA LUMPUR, RABU, 25 September, 2013: Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar didesak menyatakan pendirian berhubung cadangan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib supaya tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang dikaji semula.

Ahli Pas Cawangan Tandop, Alor Setar, Kedah, Mohd. Helmi Azam berkata, sebagai ahli Pas dan pengundi di Kedah, beliau ingin mengetahui pendirian Mahfuz berhubung cadangan itu.

"Adakah Mahfuz akan terus membisu? Pas kehilangan Kedah dalam pilihan raya umum lalu disebabkan sikap pemimpin Pas yang sanggup bertelingkah sesama sendiri.

"Apa yang menghairankan saya ketika bersama pemimpin DAP, mereka sanggup mengalah. Walaupun sebagai ahli Pas biasa, namun saya malu apabila pemimpin saya sanggup menjual prinsip Pas demi mendapat undi daripada kaum Cina," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Mohd. Helmi, cadangan Harun itu perlu disegerakan demi kepentingan Pas bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Pas tidak sepatutnya tunduk kepada DAP hanya kerana mahu meraih undi kaum Cina," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment