My Add

Monday, 28 October 2013

\JAS, 186 organisasi wujud perkongsian pintar

PUTRAJAYA, AHAD, 27 Oktober, 2013: Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat ini memeterai 186 memorandum persefahaman (MoU) dengan pelbagai pertubuhan dan agensi bagi mewujudkan mekanisme perkongsian strategik untuk menjayakan program-program kesedaran alam sekitar.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel berkata, antara pihak yang mewujudkan perkongsian pintar dengan JAS adalah agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta, syarikat milik kerajaan (GLC) dan institusi pengajian tinggi.

"Sebanyak 57 organisasi telah menandatangani MoU di peringkat Persekutuan manakala 129 lagi di peringkat negeri," katanya ketika berucap merasmikan sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM), di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr. James Dawos Mamit dan Ketua Pengarah JAS, Datuk Halimah Hassan.

Palanivel berkata, kerjasama antara JAS dengan organisasi lain akan memantapkan penyampaian mesej mengenai kepentingan alam sekitar kepada setiap lapisan masyarakat melalui pelbagai aktiviti.

Usaha itu, tambahnya, bertepatan dengan tema MASM tahun ini iaitu Perkongsian Pintar ke Arah Kelestarian Alam Sekitar.

Dalam pada itu, beliau berkata, Rakan Alam Sekitar (RAS) yang dilancarkan 4 Jun 2009 akan diberi nafas baharu untuk menarik lebih banyak penyertaan.

"Ahli RAS boleh menjadi mata dan telinga kepada JAS dalam menangani isu-isu alam sekitar," katanya - UTUSAN. 

No comments:

Post a Comment