My Add

Tuesday, 1 October 2013

Syria komited resolusi PBB

ROM, ISNIN, 30 September, 2013: Presiden Syria, Bashar al-Assad berkata, negara itu menghormati resolusi pemusnahan senjata kimia yang dicapai oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini, dan komited untuk mematuhinya.

Katanya, Syria telah menyertai perjanjian antarabangsa menentang pemilikan dan penggunaan senjata kimia sebelum resolusi itu diluluskan pada Jumaat lalu lagi.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara bersama stesen televisyen Itali, RaiNews24, selepas disoal sama ada Syria akan mematuhi resolusi tersebut.

Majlis Keselamatan PBB pada Jumaat lalu sebulat suara meluluskan resolusi yang menuntut pemusnahan senjata kimia Syria, tetapi tidak menetapkan sebarang hukuman jika kerajaan Assad gagal melakukannya.

"Resolusi ini adalah apa yang kami mahukan kerana sebelum ini iaitu pada 2003, badan dunia itu turut mengusulkan supaya Asia Barat bebas daripada senjata kimia.

"Jadi, sudah tentu kami perlu menghormati resolusi tersebut kerana ia adalah sebahagian daripada sejarah kami.

"Kita perlu menghormati dan mematuhi setiap perjanjian yang kita tandatangani," katanya.

Perjanjian pemusnahan senjata yang diusahakan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Rusia itu dibuat bagi mengelak tindakan ketenteraan AS ke atas Damsyik selepas Washington mendakwa tentera Assad melancarkan serangan gas sarin. - REUTERS/UTUSAN

No comments:

Post a Comment