My Add

Friday 30 August 2013

Jerebu: Indonesia enggan bawa ke Sekretariat ASEAN

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 Ogos, 2013: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel berkata, tidak banyak yang dapat dilakukan untuk mencari penyelesaian jangka panjang berkaitan jerebu ekoran keengganan Indonesia membawa masalah itu kepada Sekretariat ASEAN.

Beliau berkata, Indonesia hanya mahu menyelesaikan perkara itu antara Malaysia dan Singapura sahaja.

"Indonesia juga hanya membincangkan isu (jerebu) itu dalam mesyuarat Parlimennya yang dijangka berlangsung Disember atau awal tahun depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemetaan Utiliti anjuran Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) di sini hari ini.

Jerebu dikesan di Pulau Pinang semalam apabila kawasan Seberang Jaya 2 mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 103 pada 5 petang. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment