My Add

Friday 30 August 2013

50 ditahan dalam Op Cantas Khas di NS

Oleh NAZARUDIN SHAHARI

SEREMBAN, KHAMIS, 29 Ogos, 2013: Sebanyak 50 individu yang diburu kerana terlibat dalam pelbagai jenayah di negeri ini ditahan dalam Op Cantas Khas sejak dilancarkan bermula 17 Ogos lalu sehingga semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, kesemua mereka termasuk bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) dan anggota kumpulan gengster itu terlibat dalam jenayah samun dan curi.

"Operasi ini akan dijalankan secara berterusan kerana kita masih ada sasaran yang diburu," katanya selepas menghadiri perbarisan sempena ulang tahun Kor Kadet Polis Ke-43 peringkat kontinjen Negeri Sembilan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment