My Add

Friday 30 August 2013

Singapura mempunyai 21 individu bilionair

SINGAPURA, KHAMIS, 29 Ogos, 2013: Singapura kini mempunyai sebanyak 21 individu bilionair, meningkat daripada 16 orang pada tahun lalu, menurut senarai terbaharu yang dikeluarkan majalah Forbes Singapura.

Robert dan Philip Ng, anak lelaki kepada pengasas Far East Organization, Ng Teng Fong, terus mendahului senarai orang terkaya di Singapura dengan anggaran kekayaan sebanyak AS$10.6 bilion (RM35.2 bilion), meningkat daripada AS$9.2 bilion (RM30.5 bilion) pada tahun lalu.

Individu yang memperoleh peningkatan kekayaan di negara ini pada tahun ini ialah Pengerusi City Developments, Kwek Leng Beng.

Leng Beng yang memiliki kekayaan sebanyak AS$7.1 bilion (RM23.6 bilion), meningkat daripada AS$2.4 bilion (RM8 bilion) pada tahun lalu, kini berada di tangga kedua orang terkaya naik daripada tangga keenam pada tahun lalu.

Keluarga Khoo Teck Puat, bekas taikun hartanah dan perbankan rakyat Malaysia, mengekalkan kedudukan mereka di tangga ketiga dengan nilai kekayaan sebanyak AS$6.7 bilion (RM22.2 bilion), sama dengan nilai kekayaan pada tahun lepas.

Jumlah gabungan kekayaan 50 individu terkaya di Singapura adalah AS$80 bilion (RM265.6 bilion).

Menurut Forbes, senarai orang terkaya di Singapura ini dikumpulkan menggunakan maklumat kewangan dan pegangan saham yang diperolehi daripada keluarga dan individu, pasaran saham, penganalisis serta sumber lain.

Tidak seperti senarai Forbes lain, nilai kekayaan mereka termasuk harta keluarga dan yang dikongsi bersama ahli keluarga seperti Leng Beng dan sepupu mereka. - AGENSI/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment