My Add

Friday 30 August 2013

Mukhriz arah JAIK laksanakan penguatkuasaan

ALOR SETA, KHAMIS,R 29 Ogos, 2013: Selepas enakmen membanteras Syiah diluluskan kelmarin, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir mengarahkan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) segera mengambil tindakan tegas terhadap aktiviti penyebaran ajaran tersebut.

Tegas beliau, tindakan penguatkuasaan boleh dimulakan sebaik sahaja enakmen tersebut diluluskan kerana jabatan berkenaan telah menerima laporan mengenai aktiviti itu sebelum ini.

"Kita tahu aktiviti penyebaran Syiah di beberapa tempat di Kedah, jadi JAIK boleh ambil tindakan berdasarkan laporan yang diterima sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Kayuhan Merdeka MRSM Kubang Pasu di Dataran Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Kelmarin, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-13 meluluskan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah termasuk bagi membanteras penyebaran ajaran Syiah menerusi cara undian dalam kalangan ahli-ahli DUN.

Enakmen itu dicadangkan Mukhriz bagi mengadakan peruntukan untuk kesalahan jenayah syariah dan perkara-perkara berhubung dengannya dan disokong Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia serta Pelancongan negeri, Mohd. Rawi Abd. Hamid.

Mukhriz berkata, JAIK boleh mengambil tindakan jika menerima laporan baharu mengenai aktiviti penyebaran ajaran Syiah pada masa depan.

"Dulu kita agak serba salah untuk mengambil tindakan ke atas seseorang itu walaupun dia jelas bersalah kerana melakukan kerja-kerja menyebar fahaman Syiah. Tetapi sekarang dengan adanya enakmen baharu ini, kita akan lihat tindakan-tindakan yang lebih khusus untuk diambil," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment