My Add

Friday 30 August 2013

Polis Perak siasat kongsi gelap rekrut pelajar sekolah

IPOH, KHAMIS, 29 Ogos, 2013: Polis Perak sedang menyiasat kegiatan anggota kumpulan kongsi gelap merekrut pelajar sekolah menengah untuk menjual dadah kepada pelajar sekolah.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, ini susulan kenyataan seorang anggota kumpulan kongsi gelap yang ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak pada bulan lepas.

"Kumpulan itu merekrut pelajar sekolah menengah berumur 15 hingga 18 tahun untuk menjual dadah kepada pelajar sekolah dan rakan," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Polis Kontinjen Perak di ibu pejabat kontinjen di sini hari ini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment