My Add

Friday 30 August 2013

Teater Muzikal P. Ramlee 5 hari di Kuching bermula 9 Sept.ember

KUALA LUMPUR, khamis, 29 Ogos, 2013: Teater Muzikal P. Ramlee yang menceritakan kisah hidup seniman agung tersebut bakal dipentaskan selama lima hari bermula pada 9 September ini bertempat di Pusat Persidangan Borneo, Kuching, Sarawak.

Penerbit Eksekutif, Datin Seri Tiara Jacquelina berkata, dia amat teruja untuk mementaskan teater tersebut di luar Kuala Lumpur setelah berbuat demikian pada tahun 2007 dan 2008 lalu.

"Ini adalah peluang untuk peminat teater dan juga peminat Tan Sri P. Ramlee untuk menyaksikan kisah hidup seniman agung negara dipersembahkan di pentas teater.

"Saya juga berharap teater ini akan mendapat sambutan daripada seluruh warga Borneo kerana ia dipentaskan bersempena dengan sambutan Hari Malaysia ke-50 tidak lama lagi," jelasnya. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment