My Add

Friday 30 August 2013

Kerjasama strategik Bank Rakyat, PTPTN

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 Ogos, 2013: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) yakin kerjasama strategik yang dijalinkan dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan membudayakan masyarakat untuk menyimpan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abdul Razak berkata, perkhidmatan SSPN-i yang kini ditawarkan di cawangan Bank Rakyat di seluruh negara akan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perkara tersebut.

“Bermula pada 21 Ogos lalu, semua 142 cawangan Bank Rakyat dan empat Rakyat Xcess di seluruh negara menawarkan perkhidmatan real time bagi pelanggan yang ingin membuka akaun SSPN-i serta menambah deposit dan membuat semakan baki.

“Dengan jumlah pelanggan Bank Rakyat adalah sebanyak 3.5 juta, kami yakin perkhidmatan ini akan dimanfaatkan pelanggan sedia ada dan menambahkan lagi pelanggan baharu," katanya dalam sidang akhbar majlis pelancaran perkhidmatan SSPN-i, di sini hari ini.

Majlis pelancaran yang disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek itu turut dihadiri Timbalannya, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah; Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik; Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan.

SSPN-i merupakan instrumen simpanan oleh PTPTN untuk tujuan pengajian tinggi dan bermula 1 Januari tahun lalu, para pelajar yang ingin memohon pembiayaan pendidikan PTPTN perlu mempunyai akaun SSPN-i. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment