My Add

Friday 30 August 2013

Penangguhan projek mega tidak jejas ETP

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 Ogos, 2013: Penangguhan beberapa projek mega milik kerajaan yang dijangka diumumkan minggu hadapan, tidak akan menjejaskan sasaran utama dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata, penangguhan itu hanya akan membabitkan projek yang paling kurang memberi manfaat kepada rakyat.

Selain itu, penggunaan bahan import yang tinggi di dalam sesuatu projek itu merupakan kriteria utama penangguhan dilakukan.

“Sama ada ETP akan terbantut tidak menjadi persoalan. Tambahan pula projek-projek yang penting tetap akan diteruskan," katanya semasa sesi soal jawab selepas pembentangannya mengenai pencapaian ETP separuh pertama tahun 2013.

Beliau yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) berkata, projek-projek itu tidak akan dihentikan terus, sebaliknya hanya dilewatkan berbanding jadual asal.

Mengenai ETP, Idris berkata, kira-kira 86 peratus atau RM25.42 bilion nilai pelaburan terancang di bawah ETP bagi 2011 dan 2012 telah dicapai. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment