My Add

Friday 30 August 2013

Siasat kain rentang pamer masjid, arak
 *KAIN rentang pakej minuman keras yang ditawarkan serta tulisan Selamat Hari Raya, gambar masjid dan Jalur Gemilang yang digantung di sebuah premis di Jalan Penang, Georgetown, Pulau Pinang, semalam. - Utusan/ismail kamadin
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 Ogos, 2013: Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) diarah segera menyiasat isu kain rentang yang digantung di sebuah pusat hiburan di negeri itu dengan mempamerkan gambar masjid bersama-sama arak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, langkah itu bagi mengenal pasti kedudukan sebenar isu tersebut selain mengelakkan sensitiviti sesuatu agama diganggu daripada terus berulang.

"Kita minta MAIPP segera siasat kes seperti ini sebab kita tak mahu lagi banyak isu melibatkan sensitiviti agama timbul," katanya pemberita ketika diminta mengulas isu itu di sini hari ini.

Berdasarkan laporan media, sebuah pusat hiburan di Jalan Penang, Pulau Pinang mempamerkan kain rentang berlatarbelakangkan gambar masjid itu bertulis, Selamat Hari Raya & Merdeka, Spend Up RM150 to have a chance to win: 2 bottles Champange, 1bottle of Martell, 1 carton Tiger, 2 bucket Tiger bermula 7 Ogos hingga 31 Ogos ini.

Jamil Khir sebelum itu hadir ke Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan persaraan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali yang bersara secara rasmi mulai 6 Ogos lepas. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment