My Add

Friday 30 August 2013

Tambahan nilai peluang RM4.2 bilion bagi syarikat bumiputera - PM

Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

PUTRAJAYA, khamis, 29 Ogos, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan tambahan nilai peluang bagi peruntukan khas bumiputera berjumlah RM4.2 bilion.

Nilai peluang itu melibatkan empat projek mega yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat bumiputera yang meliputi projek Menara Warisan Merdeka, Bukit Bintang City Centre, Pembangunan tanah Institut Penyelidikan Getah (RRI) di Sungai Buloh dan Pusat Pameran Perdagangan Malaysia (Matrade).

Pengumuman itu dibuat oleh Najib dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera di Perdana Putra di sini pagi ini.

Sebelum ini, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) telah menyediakan peluang kontrak bernilai RM9.1 bilion dalam projek Transit Rel Massa (MRT) kepada syarikat-syarikat bumiputera.

Peruntukan tambahan itu sebagai tanda pengiktirafan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) terhadap peranan Teraju dalam pembangunan ekonomi bumiputera dan bersetuju agar peranan ini diperluaskan dan diperhebatkan supaya agenda Bumiputera dilaksanakan secara berkesan.

Dalam sidang akhbar itu, Najib berkata, sehingga Ogos tahun ini, Teraju yang telah diwujudkan sejak dua setengah tahun lalu telah mewujudkan nilai peluang sebanyak RM18.2 bilion dalam bidang perniagaan, pembiayaan dan pembangunan modal insan kepada syarikat-syarikat bumiputera melalui kerjasama strategik dengan pelbagai agensi kerajaan dan syarikat swasta.

Sehingga Ogos tahun ini, Teraju telah meluluskan geran mudah cara sebanyak RM412.2 juta kepada 87 projek yang dilaksanakan oleh syarikat bumiputera dari pelbagai sektor dengan nilai pelaburan swasta berjumlah RM3.7 bilion.

Inisiatif berkenaan telah mewujudkan 13,000 peluang pekerjaan.

Selain itu, penyertaan syarikat-syarikat bumiputera dalam program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras) telah meningkat kepada 450 buah syarikat.

Secara purata anggaran pendapatan tahunan keseluruhan syarikat-syarikat Teras ini adalah sebanyak RM15.6 bilion setahun dan secara kolektif menyediakan pekerjaan kepada 47,706 orang.

Di bawah program Teras, Teraju menyediakan Dana Teras di beberapa buah institusi kewangan untuk membiayai modal kerja dan aset berjumlah RM1.63 bilion.

Sehingga kini, RM387 juta telah diluluskan kepada 91 syarikat bumiputera. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment