My Add

Friday 30 August 2013

Hasil separuh pertama Telekom lebih RM5 bilion

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 Ogos, 2013: Hasil kumpulan Telekom Malaysia Bhd (TM) meningkat kepada paras RM5 bilion pertamanya bagi setengah tahun pertama berakhir 30 Jun, 2013 berbanding RM4.8 bilion yang direkodkan pada tempoh perbandingan yang sama tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, pertumbuhan ini sebahagian besar dipacu oleh pertumbuhan positif produk utama -- perkhidmatan data, Internet dan multimedia, terutama UniFi.

"Ini merupakan peningkatan 4.8 peratus tahun ke tahun," katanya kepada pemberita bagi mengumumkan keputusan separuh pertama TM 2013.

Keuntungan operasi yang dilaporkan (Perolehan sebelum faedah dan cukai (EBIT)) meningkat 9.9 peratus kepada RM627.8 juta pada separuh pertama 2013 berikutan hasil yang lebih tinggi dan kos operasi yang lebih rendah.

"Kami juga mencacat peningkatan nisbah hasil/perbelanjaan modal (capex), yang berkurangan daripada 16.3 peratus kepada 12.5 peratus dan kos sebagai peratusan hasil juga meningkat daripada 88.3 peratus kepada 87.7 peratus," kata Zamzamzairani.

Jumlah capex bagi separuh pertama 2013 sebanyak RM631 juta, lebih rendah berbanding tempoh yang sama tahun lepas, iaitu RM785 juta.

Beliau berkata perbelanjaan modal berkurangan pada separuh pertama 2013 berikutan perbelanjaan capex yang lebih tinggi sejak beberapa tahun lepas.

Zamzamzairani berkata, TM merekodkan pertumbuhan sihat terutama perkhidmatan Internet dan data, dengan UniFi menjadi pemacu utama, berkembang 50.3 peratus berbanding tahun lepas, kepada hampir 577,000 pelanggan.

"Setakat ini kami mempunyai lebih 590,000 pelanggan dan UniFi kini meliputi 1.43 juta premis melepasi 104 ibu sawat atau kira-kira 40 peratus kadar langganan.

Zamzamzairani pada separuh kedua tahun, TM terus memberi tumpuan kepada usaha untuk menawarkan produk inovatif, dengan menawarkan nilai bersepadu yang akan menjadikan kehidupan pelanggan kami lebih mudah, di rumah dan di luar.

"Kami menyasarkan untuk memberikan pengalaman pelanggan yang unggul serta memacu kecekapan operasi dan penggunaan rangkaian bagi mengekalkan pertumbuhan sedia ada," katanya, - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment