My Add

Friday 30 August 2013

Polis ambil tindakan terhadap anggota kongsi gelap

SHAH ALAM, KHAMIS, 29 Ogos, 2013: Polis akan mengambil tindakan terhadap anggota 49 kumpulan kongsi gelap yang dikenal pasti, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.

Beliau berkata, tindakan akan diambil terhadap mereka di bawah Akta Pertubuhan dan akta-akta berkaitan jenayah.

"Jadi kalau mereka mahu jadi ahli kongsi gelap, kena bersedialah, selain akta berkaitan jenayah, kami juga akan ambil tindakan mengikut Akta Pertubuhan terhadap mereka," katanya kepada pemberita dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman nama 49 kumpulan kongsi gelap yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

Khalid menyifatkan kesemua kumpulan berkenaan sama kerana terbabit dalam aktiviti jenayah seperti peras ugut, merusuh, membunuh, bergaduh, memukul dan penyalahgunaan dadah. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment