My Add

Thursday 1 August 2013

22 lebuh raya beri diskaun tol sehingga 37.5 peratus sempena Aidilfitri

SUBANG, KHAMIS, 01 Ogos, 2013: Sebanyak 22 lebuh raya di seluruh negara akan memberikan rebat dan diskaun tol pada kadar lima hingga 37.5 peratus sempena Aidilfitri.

Ketua Pengarah, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir Ismail Md Salleh, berkata daripada jumlah itu 17 lebuh raya akan memberikan diskaun tol pada kadar lima hingga 37.5 peratus bermula dari 7 hingga 9 Ogos ini.

"Manakala lima lebuh raya di bawah kendalian Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) menawarkan rebat tol sebanyak 20 peratus kepada penguna kenderaan Kelas Satu yang membuat bayaran tol secara elektronik pada 5 dan 6 Ogos serta 14 dan 15 Ogos ini," katanya. - BH

No comments:

Post a Comment